Sunday, November 1, 2009

KOMUNIKASI BERKESAN

KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK DARJAH
0LEH: Hj. Mohar

Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Konteks dalam bilik darjah : Perhubungan di antara orang dengan orang, iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri. Komunikasi Verbal Definisi : Komunikasi lisan Berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Penggunaan bahasa : Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. Komunikasi Non-Verbal Definisi : Semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan Contoh : bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Konteks dalam bilik darjah : Guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar. Komunikasi Berkesan Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej yang disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin P&P yang efektif. Amalan Komunikasi Berkesan Ø Bersikap positif / percaya kepada pelajar Ø Bersifat ramah dan mesra Ø Hormat terhadap pandangan pelajar Ø Ketahui latar belakang pelajar Ø Pendengar yang aktif Ø Tunjuk mimik muka berseri Ø Guna bahasa yang mudah dan difahamiØ Arahan yang jelas dan jitu Ø Bersemangat tinggi dalam pengajaran Ø Galakkan pelajar supaya memberi idea atau pandangan Ø Guna nama pelajar ketika berinteraksi Ø Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat dan mimik muka ketika memberi penjelasan Ø Kaitkan pelajaran baru dengan pengetahuan yang sudah diketahui oleh pelajar

Gangguan/Halangan Dalam Komunikasi
1. Kebisingan Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan. Anggapan umum terhadap guru Lazimnya berlaku pada guru baru kerana pelajar menganggap guru baru kurang berpengalaman. 2. Emosi guru atau murid Penumpuan akan terjejas jika emosi guru/ pelajar kurang stabil. 3. Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan guru atau guru yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka. 4. Kurang tumpuan Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru. Masalah Komunikasi Dalam Bilik Darjah 1. Kritikan Pelajar akan mendiamkan diri apabila dikritik. 2. Melabel pelajar Pelajar yang dilabel suka mendiamkan diri supaya lebih selamat. 3. Ancaman Ancaman boleh menghadkan komunikasi terbuka. 4. Memberi arahan Arahan yang memaksa akan menghalang komunikasi dua hala. 5. Mimik muka Mimik muka yang serius atau garang akan menyebabkan pelajar takut untuk bercakap. 6. Kurang perhatian Kurang perhatian daripada guru menyebabkan pelajar tidak berminat untuk bercakap.7. Penyampaian Guru yang sentiasa bercakap akan menghalang komunikasi dua hala.

8. Bahasa Guru menggunakan bahasa yang sukar difahami oleh pelajar. 9. Kelajuan Guru yang bercakap laju akan menyebabkan pelajar sukar untuk faham. 10. Kurang persediaan
Kekeliruan ketika penyampaian pengajaran menyebabkan pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas. 11. Aktiviti pembelajaran kurang menarik Minat pelajar untuk belajar akan berkurangan dan cenderung ke arah kebisingan.

KESANTUNAN BERBAHASA

Kesantunan Berbahasa

Pengertian Kesantunan Kesantunan (politiness), kesopansantunan, atau etiket adalah tatacara, adab, atau kebiasaan yang berlaku dalam masyarakat. Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disetujui bersama-sama oleh suatu masyarakat tertentu ..

Empat ’Kayu-ukur’ Kesantunan

Kesantunan semasa berhubung dalam masyarakat, dinilai menjangkau masa yang lama.
Kesantunan mengikut tempat, majlis, situasi tertentu.
Kesantunan dalam hubungan menegak, iaitu orang atasan dengan bawahan, orang tua dengan muda.
Kesantunan penampilan dan perawakan.

Jenis Kesantunan 1. Kesantunan Berpakaian

Dalam kesantunan (berpakaian , berdandan), ada dua hal yang perlu diperhatikan. Pertama, berpakaianlah yang sopan di tempat umum, hindarilah pakaian yang dapat merangsang orang lain terutama berlainan jantina. Elakkan seperti pakaian menjolok mata , menampakkan bahagian badan yang pada umumnya ditutup. Kedua, berpakaianlah yang rapi dan sesuai dengan keadaan, iaitu berpakaian resmi pada acara resmi, berpakaian santai pada situasi santai, berpakaian renang pada waktu renang. Betapapun mahalnya pakaian renang, tidak akan sesuai apabila dipakai dalam suatu acara resmi.
2 Kesantunan tingkah laku
Kesantunan perbuatan ialah tatacara bertindak atau gerak-gerik ketika menghadapi sesuatu atau dalam situasi tertentu.misalnya ketika menerima tetamu, bertandang ke rumah orang, duduk di bilik darjah , menghadapi orang yang kita hormati, berjalan di tempat umum, menunggu giliran ,
3. Kesantunan Berbahasa

Kesantunan berbahasa tercermin dalam tatacara berkomunikasi secara verbal. Ketika berkomunikasi, kita perlu merujuk pada norma-norma budaya, tidak hanya sekedar menyampaikan idea yang kita fikirkan. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang ada dalam masyarakat tempat hidup dan dipergunannya suatu bahasa dalam berkomunikasi. Apabila tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka akan mendapatkan nilai negatif, misalnya dituduh sebagai orang yang sombong, angkuh, tak acuh, tidak beradat, bahkan tidak berbudaya.

Perkara yang perlu difikirkan semasa berbicara
1. Apa yang sebaiknya dikatakan pada waktu dan keadaan tertentu?. 2. Ragam bahasa apa yang sewajarnya dipakai dalam situasi tertentu?. 3. Bila dan bagaimana giliran bercakap dan jeda tertentu ?. 4. Bagaimana mengatur kenyaringan suara ketika bercakap. 5. Bagaimana sikap dan gerak-geri ketika bercakap6. Bila perlu diam dan menamatkan percakapan. .

Aspek Kesantunan Berbahasa
1.
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa.
2.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
3.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
4.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
5.
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
6.
Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
7.
Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya.
8.
Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9,
Lihat contoh berikut:
Pak
Digunakan untuk orang lelaki yangs amat sebaya dengan ayah sendiri.
Mak
Digunaka untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
Tok
Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
Abang
Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya .
Kakak
Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak sendiri dan juga tidak semuda sendiri.
Adik
Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.

10.
Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11.
Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar, mak ngah ipar dan sebagainya.
12.
Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.

13.
Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaj ayang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan (termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran Sdn. Bhd.)

14.
Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah) dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).

15.
Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar), Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956). Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
16.
Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. - Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) - Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan + Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman

17.
Rujukan Hormat
Orang Yang Disapa
Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri
Duli Yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota
Duli Yang Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib
Yang Amat Mulia
Bergelar warisan
Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat)
Yang Berhormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran Tengku atau Raja
Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Amat Arif

Hakim, Kadi
Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam
Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran
Yang Berusaha

NOTA TATABAHASA

Saturday, October 3, 2009

ISTILAH GAYA BAHASA SASTERA

ISTILAH GAYA BAHASA DALAM
KOMSAS

ISTILAH
MAKSUD/PENJELASAN
CONTOH
1. Rima
Skema bunyi akhir dalam baris-baris puisi seperti pantun, syair, sajak dll.
Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Rima : a,b,a,b
Syair Rima: a,a,a,a
2.Asonansi
Pengulangan bunyi
Vokal dalam baris puisi
Letih pedih dalam merintih
3. Aliterasi
Pengulanan konsonan dalam baris puisi
Semalam dalam kelam
4.Personafikasi
Pemberian sifat manusia pada binatang,tumbuh-tumbuhan, atau benda mati yang lain.
Perasaan takut mula bergayut di kalbunya.
5.Inversi
Penggunaan perkataan secara terbalik
Ini dunia
6.Hiperbola
Penggunaan ungkapan yang berlebih-lebihan
Air mata bagai hujan lebat.
7.Sinkof
Penggunaan kependekan perkataan
Hendak (nak)
Sahaja (saja)
Sudah (dah)

8.Metafora
Perbandingan sesuatu objek secara terus.
Rimba kehidupan
Laut perjuangan
Api kemarahan
9.Similie
Perbandingan sesuatu objek menggunakan perkataan ‘bagai’, ‘seperti’.
Tua bagai lengkuas
Kehidupan seperti ombak di pantai.
10.Paradoks
Gambaran suasana yang berlawanan/bertentangan
Mulut disuap pisang,
Buntut kena cangkuk onak.
@
mulut berkata jujur,
hati berdusta

11.Anafora
Perulangan kata pada awal baris
Pulang membawa derita
Pulang bersama sengsara
12.Epifora
Perulangan kata pada akhir baris
Biar membawa mati
Pergi bersama mati

13.Litotes
Bahasa kiasan yang ungkapannya berbentuk negatif, sebenarnya positif. Unsur ini digunakan untuk memperlihatkan kesederhanaan atau merendah diri.
‘Rumah’ disebut ‘gubuk’, ‘makanan yang sedap’ dikatakan ‘nasi dingin’. Air yang lazat dikatakan ‘teh bujang saja.’

ISTILAH
MAKSUD/PENJELASAN
CONTOH
14.Simbolik
Unsur perlambangan sesuatu sifat manusia dengan sesuatu sifat/benda yang lain.
Lelayang merah-gadis lupa dataran.
Bunga di jambangan-gadis sunti.
Kupu-kupu malam-gadis liar
14. Ironi
Bahasa sindiran yang membawa maksud sebaliknya.
‘Rajin benar kamu”
(berkata pada orang yang selalu tidur)
15. Eufemisme
Gaya bahasa untuk memperhalus kata-kata atau ucapan. Dikenali bahasa beralas.
Mati- pergi menemui tuhan.
Ke sungai kecil- kencing

16. Alusi
Unsur gaya bahasa yang digunakan untuk menyindir atau berkias, selalunya menggunakan peribahasa.
Dia dan kawannya sudah berkerat rotan berpatah arang. Tidak mungkin berbaik semula.
17. Antonomasia
Unsur kiasan terhadap manusia yang menggunakan sifat manusia itu dalam berbahasa.
Si kurus itu…….
Si gendut ……..
Si jengkung itu…….
18. Onomatopia
Unsur bahasa yang menggunakan bunyi asal sesuatu benda.
Derap kaki…..
Titisan hujan……
Kokokan ayam…….
19. Totologi
Pengulangan perkataan yang berturut-turut untuk memberi kesan yang lebih tinggi.
Tidak, tidak, aku kata tidak.
20.Elipsis
Penghilangan sebahagian daripada ayat untuk memberi penegasan. Biasanya perkataan yang tinggal, merupakan perkataan penting sahaja.
“Mati, anak sial”.
Sepatutnya ayat penuh.
Kau akan mati kerana kau anak yang sial.

Sila rujuk guru anda.

Disediakan oleh:
Hj. Mohammed Haron

PEDOMAN BAHASA

BAHAGIAN SATU

KEKELIRUAN EJAAN

Berikut disenaraikan beberapa keleliruan ejaan yang sering timbul di kalangan pengguna bahasa Melayu:
1
agung dan agong
Dalam bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vokal, vokal `a’ akan berpasangan dengan vokal `u’ (a-u). Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja `agung’, contohnya mesyuarat agung, seniman agung, pemimpin agung dan perhimpunan agung, tetapi ada kekecualian hanya untuk Yang di-Pertuan Agong yang menggunakan vokal `o’ untuk kata agong

2
perabot dan laporan,
atau
perabot dan lapuran
Ejaan yang tepat ialah perabot dan laporan, kerana kata tersebut ialah kata pinjaman daripada bahasa Indonesia. Oleh sebab itu, ejaannya tidak mengikut keselarasan vokal bahasa Melayu, iaitu `a-u’.
3
pamir atau pamer
Ejaan yang tepat ialah pamer kerana kata tersebut ialah pinjaman daripada bahasa Indonesia.
4
istirehat atau istirahat
Ejaan yang tepat ialah istirahat. Kata tersebut ialah kata serapan daripada bahasa Arab. Istirahat – rehat. Waktu istirahat ialah pukul 1.00 tengah hari.
5
Ramadhan atau
Ramadan
Ejaan yang tepat ialah Ramadan, iaitu kata yang berasal daripada bahasa Arab.
Ramadan – Bulan kesembilan dalam tahun Hijrah, bulan puasa.

6
dailog atau dialog
Ejaan yang tepat ialah dialog, iaitu kata serapan daripada bahasa Inggeris (dialogue). Cara penyebutannya adalah dengan mengikut bunyi huruf bahasa Melayu.

7
dairi dan diari
Kata diari ialah serapan daripada bahasa Inggeris (diary). Apabila diserap ke dalam bahasa Melayu, huruf akhir `y’ ditukar menjadi `i’. Bunyi sebutan perkataan tersebut juga mengikut bunyi huruf bahasa Melayu.
8
sessi atau sesi,
dan missi atau misi
Sesi dan misi ialah ejaan yang tepat dalam bahasa Melayu kerana tergolong dalam kata serapan daripada bahasa Inggeris, iaitu session dan mission. Apabila diserap ke dalam bahasa Melayu, satu `s’ digugurkan dan suku kata akhir `sion’ diubah menjadi `si’ bagi kedua-dua kata tersebut.

9
bumiputera atau
bumiputra
Kata yang tepat untuk makna peribumi atau anak negeri ialah bumiputera. Kata bumiputra pada kata nama Bank Bumiputra Commerce ialah contoh penggunaan ejaan yang salah. Walau bagaimanapun, ejaan nama bank tersebut tidak boleh diubah kerana telah berdaftar secara sah.

10
bandarraya atau
bandar raya
Dalam bahasa Melayu, kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan masing-masing mempunyai makna. Jadi, ejaan yang tepat ialah bandar raya.
Bandar raya – Bandar yang besar lagi penting, yang biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih.
Kata nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi telah terdaftar secara sah. Kesalahan sebegini seharusnya dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan pada pengguna bahasa.

11
tengah hari, juruukur,
atau juru ukur
Kata juru bermakna orang yang mempunyai keahlian dalam sesuatu perkara atau ahli. Oleh sebab kata juru tidak boleh berdiri sendiri, kata tersebut dieja bercantum dengan kata yang mengikutinya. Jadi ejaan yang tepat ialah juruukur. Contoh-contoh lain, jurumasak, jurusolek, juruaudit dan juruelektrik.

12
tengah hari atau
tengah hari
Kata tersebut berasal daripada dua kata, iaitu tengah dan hari. Jadi, ejaan yang tepat ialah tengah hari kerana kedua-dua kata tersebut boleh berdiri sendiri. Contoh-contoh lain, tengah malam, tengah hujan, dan tengah padang.
13
memastikan atau
mempastikan
Dalam bahasa Melayu, kata dasar tertentu yang diawali dengan huruf k, p, t, dan s, akan berubah apabila mendapat apitan meN-…-kan kecuali untuk kata pinjaman. Jadi, kata dasar pasti, akan menerbitkan kata memastikan. Contoh-contoh lain, mengurniakan, memeningkan, menunjukkan dan menyembunyikan.
14
mengkagumkan
atau mengagumkan
Kata tersebut berasal daripada kata dasar kagum dan menerima apitan meN-…-kan. Dalam bahasa Melayu, kata dasar yang diawali dengan huruf `k’, akan berubah apabila menerima apitan meN-…-kan. Jadi, ejaan yang tepat ialah mengagumkan. Contoh-contoh lain, mengayakan, mengemaskan dan mengendalikan.
15
perlantikan atau
pelantikan
Kata yang menerangkan “perihal melantik” ialah pelantikan. Dalam bahasa Melayu, kata-kata yang berimbuhan meN-…-kan, akan berpasangan dengan kata berimbuhan peN-…-an. Contoh-contoh lain, peletakan (meletakkan), pelucutan (melucutkan), dan penerbitan (menerbitkan).
Kata yang menerima imbuhan ber-pula, akan berpasangan dengan kata berimbuhan peR-…-an. Contohnya, permainan (bermain), perlepasan (berlepas), dan permasalahan (bermasalah).

"KAYANYA BAHASA KITA DI RADIO"