Saturday, October 3, 2009

ISTILAH GAYA BAHASA SASTERA

ISTILAH GAYA BAHASA DALAM
KOMSAS

ISTILAH
MAKSUD/PENJELASAN
CONTOH
1. Rima
Skema bunyi akhir dalam baris-baris puisi seperti pantun, syair, sajak dll.
Pisang emas bawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Rima : a,b,a,b
Syair Rima: a,a,a,a
2.Asonansi
Pengulangan bunyi
Vokal dalam baris puisi
Letih pedih dalam merintih
3. Aliterasi
Pengulanan konsonan dalam baris puisi
Semalam dalam kelam
4.Personafikasi
Pemberian sifat manusia pada binatang,tumbuh-tumbuhan, atau benda mati yang lain.
Perasaan takut mula bergayut di kalbunya.
5.Inversi
Penggunaan perkataan secara terbalik
Ini dunia
6.Hiperbola
Penggunaan ungkapan yang berlebih-lebihan
Air mata bagai hujan lebat.
7.Sinkof
Penggunaan kependekan perkataan
Hendak (nak)
Sahaja (saja)
Sudah (dah)

8.Metafora
Perbandingan sesuatu objek secara terus.
Rimba kehidupan
Laut perjuangan
Api kemarahan
9.Similie
Perbandingan sesuatu objek menggunakan perkataan ‘bagai’, ‘seperti’.
Tua bagai lengkuas
Kehidupan seperti ombak di pantai.
10.Paradoks
Gambaran suasana yang berlawanan/bertentangan
Mulut disuap pisang,
Buntut kena cangkuk onak.
@
mulut berkata jujur,
hati berdusta

11.Anafora
Perulangan kata pada awal baris
Pulang membawa derita
Pulang bersama sengsara
12.Epifora
Perulangan kata pada akhir baris
Biar membawa mati
Pergi bersama mati

13.Litotes
Bahasa kiasan yang ungkapannya berbentuk negatif, sebenarnya positif. Unsur ini digunakan untuk memperlihatkan kesederhanaan atau merendah diri.
‘Rumah’ disebut ‘gubuk’, ‘makanan yang sedap’ dikatakan ‘nasi dingin’. Air yang lazat dikatakan ‘teh bujang saja.’




ISTILAH
MAKSUD/PENJELASAN
CONTOH
14.Simbolik
Unsur perlambangan sesuatu sifat manusia dengan sesuatu sifat/benda yang lain.
Lelayang merah-gadis lupa dataran.
Bunga di jambangan-gadis sunti.
Kupu-kupu malam-gadis liar
14. Ironi
Bahasa sindiran yang membawa maksud sebaliknya.
‘Rajin benar kamu”
(berkata pada orang yang selalu tidur)
15. Eufemisme
Gaya bahasa untuk memperhalus kata-kata atau ucapan. Dikenali bahasa beralas.
Mati- pergi menemui tuhan.
Ke sungai kecil- kencing

16. Alusi
Unsur gaya bahasa yang digunakan untuk menyindir atau berkias, selalunya menggunakan peribahasa.
Dia dan kawannya sudah berkerat rotan berpatah arang. Tidak mungkin berbaik semula.
17. Antonomasia
Unsur kiasan terhadap manusia yang menggunakan sifat manusia itu dalam berbahasa.
Si kurus itu…….
Si gendut ……..
Si jengkung itu…….
18. Onomatopia
Unsur bahasa yang menggunakan bunyi asal sesuatu benda.
Derap kaki…..
Titisan hujan……
Kokokan ayam…….
19. Totologi
Pengulangan perkataan yang berturut-turut untuk memberi kesan yang lebih tinggi.
Tidak, tidak, aku kata tidak.
20.Elipsis
Penghilangan sebahagian daripada ayat untuk memberi penegasan. Biasanya perkataan yang tinggal, merupakan perkataan penting sahaja.
“Mati, anak sial”.
Sepatutnya ayat penuh.
Kau akan mati kerana kau anak yang sial.


Sila rujuk guru anda.

Disediakan oleh:
Hj. Mohammed Haron






No comments:

Post a Comment